Wednesday, February 13, 2008

Rima & Zamihan
















Walimatul Urus Hj. Mazlan A. Hamid dan Hjh. Rose Ashimah Ibrahim telah terlaksana dengan meriah sekali bagi meraikan pasangan mempelai yang telah sah diijabkabulkan pada pagi 9 Februari 2008. Majlis pernikahan dijalankan di rumah pengantin perempuan di alamat 50-24, Taman Sri Intan, Jalan Sakeh, Muar. Dengan sekali lafaz sahaja pasangan Rima Bt Mazlan dan Zamihan Bin Izam telah sah menjadi suami Isteri. Berikut adalah titipan lensa kamera kami buat kenang-kenangan. Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Wassalam.

Gambar-gambar di ambil dengan menggunakan DSLR Nikon D100 dan Sony Alpha A100

Norulhuda dan Iskandar









Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pengunjung blog.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya. Semoga rezeki melimpah ruah pada tahun ini. Ramai yang bercuti panjang dan mengambil kesempatan memasuki gerbang perkahwinan.

Tahniah! diucapkan kepada pasangan Norulhuda dan Iskandar yang telah selamat diijabkabulkan pada 9 februari 2008 bersamaan 2 Safar 1429h di kediaman pengantin perempuan di Parit Medang, Kundang Ulu, Muar. Majlis persandingan diadakan pada jam 2.30ptg dgn sambutan yang begitu meriah.

Ucapan dari kami krew Pesona Studio semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.