Jom..jom..jom heboh..heboh! begitu antara lirik lagu Karnival Jom Heboh yang diperkenalkan oleh Media Prima. Jurugambar kami sempat merakamkan beberapa aksi selebriti yang begitu mesra melayan para peminat.
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan Nor Adelah dan Zakiah semoga berbahagia higga ke akhir hayat. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada jam 10pagi 1 September 2007 di Masjid Jamek Al-Jannah, Parit Bugis, Senggarang, Batu Pahat. Majlis diteruskan dengan acara persandingan pada sebelah petang. Kemeriahan sambutan diteruskan lagi dengan kunjungan balas keluarga pengantin perempuan ke Kg. Simpang Lima Darat, Bukit Gambir, Muar pada keesokannya. Ini merupakan beberapa rakaman saat manis setelah pasangan disandingkan.
Kami menawarkan perkhidmatan JURUGAMBAR bagi majlis-majlis keraian dengan pakej yang HEBAT dan kadar yang amat BERPATUTAN. Anda boleh membuat pilihan berdasarkan kesesuaian sendiri. Anda boleh mendapat khidmat nasihat percuma melalui perunding kami.