Majlis Perkahwinan Nurhayati Mustaffa dan Muhd Suffian Omar pada 15 Disember 08 berlangsung di kediaman pengantin perempun Sengkang Bt 18, Bkt Gambir, Muar.
Semarak kasih...jalinan budi...undangan diberi seikhlas hati.....Tanggal 9 Nov yang lalu Nurul Khatika telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Left Faizul dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.....Majlis dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan di Kg. Prt. Kassim, Bukit Gambir, Muar. Pada malamnya diadakan majlis berzanji dan berinai. Majlis diserikan dengan tembakan bunga api dan muzik tradisional kempeling. Keesokannya merupakan hari persandingan kedua mempelai. Pasangan ini diarak mengikut istiadat tentera. Ramai tetamu yang hadir meraikan pengantin baru. Tak ketinggalan persembahan ghazal Warisan Seni Muar cukup menghiburkan.
Majlis Perkahwinan pasangan Zuhaida Bt Mohd Noor dan Mohd Adibul Hannan di kediaman pengantin perempuanLot 9377, Kg. Swh Ring,Gerisek,84700 Muar, Johor. Berlangsung pada Ahad 04/11/2007.
Majlis Menyambut Menantu & Kesyukuran. Pasangan Abdul Shukur Abdul Manan dan Norhasliza berlangsung di kediaman 84, Felda Sri Jaya, Bukit Serampang, Muar, Johor..pada 17 Oktober 2007 bersamaan 5 Syawal 1428H
A'kum... Rasanya masih belum terlewat untuk kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN. Bersempena hari raya sempatlah rakan-rakan krew membuat shooting raya...so gambar ni dirakamkan semasa shoot tersebut..hanya untuk tatapan.
Promosi Hari Raya dan cuti sekolah: Pakej Kenangan Terindah + Videografi hanya = RM1000.00 sahaja. Cepat, buat tempahan anda sekarang!
Jom..jom..jom heboh..heboh! begitu antara lirik lagu Karnival Jom Heboh yang diperkenalkan oleh Media Prima. Jurugambar kami sempat merakamkan beberapa aksi selebriti yang begitu mesra melayan para peminat.
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada pasangan Nor Adelah dan Zakiah semoga berbahagia higga ke akhir hayat. Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan pada jam 10pagi 1 September 2007 di Masjid Jamek Al-Jannah, Parit Bugis, Senggarang, Batu Pahat. Majlis diteruskan dengan acara persandingan pada sebelah petang. Kemeriahan sambutan diteruskan lagi dengan kunjungan balas keluarga pengantin perempuan ke Kg. Simpang Lima Darat, Bukit Gambir, Muar pada keesokannya. Ini merupakan beberapa rakaman saat manis setelah pasangan disandingkan.
Kami menawarkan perkhidmatan JURUGAMBAR bagi majlis-majlis keraian dengan pakej yang HEBAT dan kadar yang amat BERPATUTAN. Anda boleh membuat pilihan berdasarkan kesesuaian sendiri. Anda boleh mendapat khidmat nasihat percuma melalui perunding kami.