Thursday, September 4, 2008
Aini & Sudir
Pernikahan mereka dijalankan pada 08/08/08 serentak dengan acara pembukaan rasmi sukan Olimpik di Beijing. Persandingan pula di adakan pada hari Ahad, 17/08/08 bertempat di Dewan Serbaguna Endau, Majlis Daerah Mersing.
Berikut adalah rakaman daripada lensa kamera kami.
080808
Majlis Perkahwinan pasangan Siti Mahirah Bt. Dato' Hj. M. Tahrir dan Left. Muhamad Fairuz Bin Hassan
Aug 8, 2008 Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor.
Thursday, July 10, 2008
Halim & Dayah potraiture post processing






Bibit-bibit cinta yang telah tersemai akhirnya telah menyatukan dua jiwa pada tarikh bersejarah 25 Mei 2008 bersamaan 19 Jamadilawwal 1429H. Pasangan Abdul Halim Awang dan Nor Hidayah Rasidin telah diselamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz bertempat di Masjid Jamek Parit Medan,Muar. Tepat jam 2.30ptg kedua-dua mempelai diarak dengan iringan kompang menuju ke persada persandingan. Ramai para jemputan yang hadir bagi meraikan pengantin baru. Semoga pasangan ini akan mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga dengan rukun dan damai.
Hawa & Kamaruddin
Wednesday, February 13, 2008
Norulhuda dan Iskandar








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pengunjung blog.
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya. Semoga rezeki melimpah ruah pada tahun ini. Ramai yang bercuti panjang dan mengambil kesempatan memasuki gerbang perkahwinan.
Tahniah! diucapkan kepada pasangan Norulhuda dan Iskandar yang telah selamat diijabkabulkan pada 9 februari 2008 bersamaan 2 Safar 1429h di kediaman pengantin perempuan di Parit Medang, Kundang Ulu, Muar. Majlis persandingan diadakan pada jam 2.30ptg dgn sambutan yang begitu meriah.
Ucapan dari kami krew Pesona Studio semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Thursday, January 3, 2008
Pertunangan Dayah & Halim









Pada 22 Disember 2008 bersamaan 12 Zulhijjah 1428H, jurugambar utama kami(alem) telah mengikat tali pertunangan dengan pasangannya Nor Hidayah Rasidin. Majlis berlangsung di kediaman pihak perempuan di Prt Medan, Kundang ulu, Muar. Selamat Bertunang drpd semua krew PesonaStudio semoga bahagia berkekalan.




















