Tuesday, November 11, 2008

PHOTOBOOK




Gaya terkini mengabadikan memori terindah anda....cantik...lebih elegan...mudah dibawa...dan bahan yang berkualiti. Pastinya menepati citarasa anda, hubungi kami segera untuk mendapatkan maklumat lanjut (adekalem@yahoo.com).

Ternyata kosnya lebih rendah daripada customize album. Terdapat 40 muka surat dalam pelbagai saiz dan pelbagai pilihan kulit luar.

Sesuai untuk pelbagai tema seperti perkahwinan, birthday party, percutian, portfolio, kelahiran baru dan sebagainya.

Para bakal pengantin rebutlah peluang ini!

CUSTOMIZE ALBUM






Pesona Studio Enterprise kini menawarkan perkhidmatan bagi menghasilkan CUSTOMIZE ALBUM untuk mengabadikan perbagai peristiwa dalam bentuk persembahan yang lebih menarik tetapi dengan harga yang sangat berpatutan.

Album ini di datangkan dalam dua saiz iaitu;

* 8 x 24" Package(photo+album 10 pages)
10 x 14" Cover (front and back cover 2 pages)

* 10 x 24" Package(photo+album 10 pages)
12 x 14" Cover (front and back cover 2 pages)

Silver/Gold liner
out-station courier services

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Sdr Halim melalui emel Adekalem@yahoo.com

Tempah segera jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Majlis Bertandang Ezam & Ezah

Memburu rusa di hutan simpan,
Bersama kawan anak Pak Kayat;
Gembira rasa hari persandingan,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Majlis bertandang merpati dua sejoli Ezam dan Ezah di Taman Marin, Sg. Abong, Muar pada 2 November 2008. Sama cantik sama padan bagai pinang di belah dua.

Persandingan Aza & Reza

Beberapa keping gambar buat titipan pelawat di hari persandingan pasangan Hazatul Aini Hamsan dan Mohd Khairul Reza Mohd Ma'som. Majlis diadakan di kediaman No. 65, kg. Pt. Nipah, KM24, Jln Kluang, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada Ahad, 26 Oktober 2008.

Suhadah dan Azmir

Slideshow kenangan majlis pernikahan dan persandingan pasangan Suhadah & Azmir yang berlangsung di Kg. Simpang 5 Darat, Bukit Gambir, Muar, Johor pada hari Sabtu 25 Oktober 2008.

Thursday, September 4, 2008

En. Adi Sambut Menantu

Majlis menyambut menantu Ketua Kampung Sengkang Bt.20, En. Adi B. Hj.Omar.
Aug 22, 2008
Sengkang, Bukit Gambir, Muar, Johor


Zila & Kaharizam

Majlis pernikahan dan persandingan pasangan mempelai Noorazila & Kaharizam.
Aug 16, 2008
Sg. Bilah, Bukit Gambir, Muar, Johor.

Aini & Sudir

Majlis Persandingan Noraini Bt. Ramlee dan Sudirman B. Hj. Mustapha.
Pernikahan mereka dijalankan pada 08/08/08 serentak dengan acara pembukaan rasmi sukan Olimpik di Beijing. Persandingan pula di adakan pada hari Ahad, 17/08/08 bertempat di Dewan Serbaguna Endau, Majlis Daerah Mersing.
Berikut adalah rakaman daripada lensa kamera kami.


080808

Majlis Perkahwinan pasangan Siti Mahirah Bt. Dato' Hj. M. Tahrir dan Left. Muhamad Fairuz Bin Hassan

Aug 8, 2008 Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor.

Thursday, July 10, 2008

Halim & Dayah potraiture post processing







Bibit-bibit cinta yang telah tersemai akhirnya telah menyatukan dua jiwa pada tarikh bersejarah 25 Mei 2008 bersamaan 19 Jamadilawwal 1429H. Pasangan Abdul Halim Awang dan Nor Hidayah Rasidin telah diselamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz bertempat di Masjid Jamek Parit Medan,Muar. Tepat jam 2.30ptg kedua-dua mempelai diarak dengan iringan kompang menuju ke persada persandingan. Ramai para jemputan yang hadir bagi meraikan pengantin baru. Semoga pasangan ini akan mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga dengan rukun dan damai.

Anak




Lihatlah gelagat kanak-kanak yang sering kali menghiburkan!

Hawa & Kamaruddin









Hari bahagia bagi pasangan Hawa Untong dan Kamaruddin Mustaffa. Majlis Pernikahan berlangsung pada 15 Mei 2008 dan persandingan pada 18 mei 2008. Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin....