Friday, April 3, 2009

Seminar Jurugambar Profesional Perkahwinan


Min Dari Pretty Peektures

BONUS! Penceramah Jemputan - Bustamam Mokhtar dari White Studio.

Bergambar kenangan bersama jurugambar terkenal Bustamam Mokhtar(WhiteStudio)

Jurugambar utama Pesona Studio turut hadir di seminar JPP

Boss Pesona Studio En. Zainal Othman


Seminar Fotografi - Panduan Jurugambar Perkahwinan Profesional (JPP) telah diadakan pada 28 Mac lepas di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Seminar ini telah disampaikan oleh Min dari Pretty Peektures. Min juga merupakan pengasas kumpulan jurugambar perkahwinan profesional CLICK COUTURE.

Pada hujung seminar, kami telah menampilkan seorang jurugambar fesyen tersohor tanahair iaitu Bustamam Mokhtar untuk berkongsi sedikit tips dalam fotografi.

Program JPP ini telah diadakan sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya 2009 yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama FOTOTEACHER.COM

Seramai 250 orang peserta telah hadir ke program JPP ini.

Pesta Perkahwinan Putrajaya

Pertunjukan Fesyen Pakaian Pengantin Muslimah.
Pesta Perkahwinan Putrajaya anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya.
Bertempat di PICC, Putrajaya.

DCIM Show 2009



DCIM SHOW 2009
Digital Camera. Imaging. Media
27 - 29 March 2009. Mid Valley Exhibition Centre | Kuala Lumpur | Malaysia

Wednesday, April 1, 2009

Ekspresi Wajah


Paduan Janji Anita & Ajip






Terpancar kegembiraan di raut wajah pasangan bahagia Anita dan Ajip.
Akhirnya impian membina mahligai bahagia terlaksana.

Nabila & Jamak



Maaf dah lama sangat editor tak update blog. Bukannya ape, dek kerana kesibukan yang amat sangat. Yelah masuk sahaja tahun 2009 bermacam-macam perkara perlu dibereskan. Insyaallah akan datang saya akan update blog ini sekerap mungkin.
Adios!

Silat Pengantin




Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Malaysia, Filipina, Brunei, Indonesia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu.